Ketika artikel ini ditulis, sudah semestinya telah ramai yang dah selesai menonton filem Spider-Man: No Way Home kan? Filem tersebut, seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini, menyaksikan kembalinya Tobey Maguire dan Andrew Garfield melakonkan watak Spider-Man. Sejak kemunculan tersebut, terdapat petisyen online di kalangan peminat filem Marvel, menggesa Marvel Studios dan Sony Pictures untuk menghasilkan filem The Amazing Spider-Man 3 untuk melengkapkan trilogi filem Spider-Man lakonan Andrew Garfield.




Dalam satu temuramah melalui podcast ComicBook.com, Tom Holland ditanya tentang kebarangkalian untuk Andrew Garfield kembali sebagai Spider-Man dalam filem-filem akan datang. Berikut adalah jawapan dari Holland :

“I would love to see The Amazing Spider-Man 3,” Holland said. “I think what was so wonderful was how Andrew was able to kind of make amends with the character and the studio to kind of win the general public back. That scene where he saved Zendaya, the fan reactions in the theater was so spectacular. So should Sony decide to do that, they would have my full support, and obviously, so would Andrew.”

Walaupun masih belum diketahui samada Garfield akan muncul lagi sebagai Spider-Man dalam filem-filem akan datang, beliau tidak menolak sekiranya ditawarkan peranan tersebut. Dan memandangkan kini peminat filem Marvel, malahan Tom Holland juga menyokong sekiranya Garfield kembali sebagai Spider-Man, kini terpulang kepada Sony Pictures sekiranya ingin memberikan filem 'penutup' kepada trilogi filem Spider-Man lakonan Andrew Garfield.

Ketika ini, filem Spider-Man: No Way Home merekodkan kutipan di seluruh dunia sebanyak USD1.7 bilion, dan menjadi filem paling menguntungkan Sony Pictures buat masa ini. Menurut Presiden Marvel Studios, Kevin Feige pula, Marvel Studios dan Sony Pictures kini giat merancangkan untuk penghasilan filem Spider-Man yang seterusnya.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post