Setelah agak lama tak menonton trailer dari Marvel Studios, akhirnya studio perfileman tersebut memperlihatkan trailer pertama filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, selain poster pertama yang memperlihatkan pelakon utamanya, Simu Liu sebagai Shang-Chi. Saksikan trailer dan poster tersebut di bawah : 


Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings mengisahkan tentang Shang-Chi, yang digelar sebagai Master of Kung Fu dalam dunia komik Marvel, yang akan berhadapan dengan watak organisasi penjahat bergelar Ten Rings (kali pertama disebut dalam filem pertama Marvel Studios, iaitu Iron Man). Selain Simu Liu, filem ini turut dibintangi oleh Tony Leung sebagai Wenwu, Awkwafina sebagai Katy, dan Michelle Yeoh sebagai Jiang Nan.


Watak Shang-Chi mungkin agak asing bagi bukan penggemar komik Marvel, dan mula diperkenalkan dalam komik Special Marvel Edition #15 pada tahun 1973. Dikenali sebagai mahaguru seni mempertahankan diri, beliau turut pernah melatih watak-watak superhero lain dalam dunia komik Marvel. Shang-Chi juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan replika dirinya sendiri (seumpama klon). Shang-Chi pernah menjadi anggota pasukan Avengers dan Heroes for Hire. Adakah ini bermakna Shang-Chi akan berjumpa dengan satu lagi watak yang mahir dalam seni mempertahankan diri dalam dunia komik Marvel, iaitu Danny Rand a.k.a Iron Fist? Sama-sama kita nantikan.

Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dan akan ditayangkan di pawagam pada 3 September 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post