Tom Holland telah berkongsikan gambar terbaharu filem Uncharted di Instagram peribadinya, menampilkannya dalam watak Nathan Drake. Saksikan gambar filem Uncharted yang dikongsikan Tom Holland di bawah :

View this post on Instagram

It’s nice to meet you, I’m Nate. #uncharted

A post shared by Tom Holland (@tomholland2013) on



Diarahkan oleh pengarah filem Zombieland dan Venom, Ruben Fleischer, filem Uncharted akan menjadikan sebuah filem prequel kepada permainan video Uncharted 3: Drake’s Deception di mana watak Nathan Drake (lakonan Tom Holland) berjumpa dengan watak Victor Sullivan (lakonan Mark Wahlberg) buat pertama kalinya dan menjadi satu pasukan dalam francais permainan video tersebut.

Selain Tom Holland dan Mark Wahlberg, filem Uncharted turut dibintangi Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted berdasarkan kepada permainan video Uncharted: Drake’s Fortune dari Naughty Dog dan Sony Interactive, dan mengisahkan pengembaraan waris penjelajah Sir Francis Drake, seorang penjarah harta karun bernama Nate Drake yang mempercayai dirinya telah berjaya merungkai rahsia lokasi El Dorado, bandar mitos di Amerika selatan yang diselaputi emas. Pencarian tersebut menjadi cabaran hebat apabila beberapa penjarah harta karun yang lain turut sama mencari El Dorado, dan dalam pengembaraan tersebut mereka berhadapan dengan makhluk pelik yang menyerang mereka, yang merupakan pengawal kepada lokasi rahsia harta karun tersebut. 

Filem Uncharted dijadualkan untuk tayangan pada 16 Julai 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post