Dengan pengumuman terbaharu penglibatan semula Jamie Foxx (yang kembali melakonkan watak Electro) dan kemunculan Benedict Cumberbatch (melakonkan watak Doctor Strange), peminat filem MCU terus berspekulasi tentang filem ke-3 Spider-Man terbitan bersama Marvel Studios dan Sony Pictures. Berita kemunculan semula Tobey Maguire dan Andrew Garfield untuk tampil sebagai Spider-Man juga mengundang pelbagai reaksi, walaupun pihak studio perfileman berkenaan masih mengambil keputusan 'mengunci mulut' berkenaan khabar angin tersebut. 

Terbaharu, Sony Pictures akhirnya mengeluarkan kenyataan yang ringkas berkenaan khabar angin tersebut. Seolah tidak mengiakan mahupun menafikan kemunculan Tobey Maguire dan Andrew Garfield menyambung kembali watak Spider-Man yang pernah mereka bawakan, kenyataan rasmi Sony Pictures hanyalah berbunyi seperti berikut :


"Those rumored castings are not confirmed”.


Agak mengejutkan apabila studio tersebut memilih untuk memberikan respons terhadap khabar angin itu, walhal mereka tidak pernah memberikan respons terhadap lain-lain khabar angin sebelum ini. Walaupun tidak mengiyakan mahupun menafikan, kenyataan ini sedikit sebanyak memberikan harapan kepada peminat, yang sememangnya mahu melihat gandingan 3 Spider-Man dari garis masa filem berlainan, untuk tampil dalam 1 filem secara bersama.

Spider-Man 3 pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 16 Julai 2021, sebelum ditunda ke 5 November 2021, dan akhirnya kini pada 17 Disember 2021. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post