Walaupun mungkin masih belum nampak lagi laluan siri permainan video terkenal, Splinter Cell akan ditayangkan di layar perak, kini khabar terbaharu menyatakan yang siri berkenaan akan ditampilkan terlebih dahulu di kaca TV, apabila Netflix dan Ubisoft dilaporkan akan menerbitkan siri anime berdasarkan francais permainan video terkenal Tom Clancy berkenaan.

Menurut laporan oleh Variety, pencipta siri John Wick, Derek Kolstad akan bertindak sebagai penulis dan penerbit eksekutif untuk siri Splinter Cell, yang akan mengisahkan tentang watak Sam Fisher, seorang ejen operasi rahsia agent yang berkhidmat dengan divisyen misteri di NSA dikenali sebagai Third Echelon.

Permainan video pertama Splinter Cell dilancarkan pada tahun 2002, dan mendapat sambutan menggalakkan hinga menghasilkan enam edisi sambungan, dan beberapa novel berkaitan dunia permainan video Splinter Cell

Siri Splinter Cell berkenaan dilaporkan akan ditayangkan di Netflix dan terdiri daripada 2 musim, dengan 16 episod untuk setiap musim tayangan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post