Penghasilan Filem Reboot Power Rangers Dilaporkan Dalam Perancangan

Dua tahun lalu, studio Lionsgate telah menerbitkan filem reboot Mighty Morphin Power Rangers untuk tayangan di layar perak. Namun, filem berkenaan mendapat kritikan terutamanya dari kalangan peminat siri berkenaan, dan gagal menarik minat penonton baru untuk mengikuti siri berkenaan. Kini, laporan menyatakan yang studio Paramount pula telah bersedia untuk meneribitkan filem terbaharu Power Rangers.


Dilaporkan oleh Variety, Paramount telah bekerjsama dengan pencetus siri TV The End of the F***ing World, iaitu Jonathan Entwistle, untuk menghasilkan filem reboot Power Rangers. Paramount telah memperolehi hak penerbitan filem Power Rangers selepas Lionsgate gagal melancarkan semula francais filem Power Rangers. Patrick Burleigh, penulis skrip filem Peter Rabbit 2: The Runaway, telah ditugaskan untuk menghasilkan skrip untuk filem berkenaan.

BERKAITAN: Filem Baru Power Rangers Dijadualkan Untuk Tayangan Pada 22 Julai 2016

Salah satu cabaran untuk menghasilkan filem Power Rangers sekarang ini adalah bilamana francais berkenaan kini dimiliki oleh Hasbro, iaitu syarikat sama di sebalik G.I. Joe, Transformers, Micronauts, dan Rom. Sejak bertahun dulu, Hasbro Studios telah cuba untuk mewujudkan adaptasi gabungan filemnya seperti mana pendekatan Marvel Studios. Sekiranya ini berlaku, kemungkinan kita akan dapat melihat watak-watak dari G.I. Joe, Transformers dan Power Rangers bergabung dalam satu filem yang sama. Walau bagaimanapun, ianya masih terlalu jauh untuk dibayangkan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post