Saksikan Poster Terbaharu Watak-Watak Dari Filem Spider-Man: Far From Home


Sony Pictures dan Marvel Studios baru sahaja memperlihatkan poster-poster filem terbaharu mereka, iaitu Spider-Man: Far From Home. Saksikan poster-poster tersebut di bawah : 







Peter Parker kembali dalam filem Spider-Man: Far From Home yang merupakan sambungan kepada filem Spider-Man: Homecoming. Filem ini mengambil tempat sejurus kejadian yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame. Kali ini, Spider-Man mengambil keputusan untuk berehat dan bercuti ke negara Eropah bersama rakan-rakannya iaitu Ned, MJ, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Parker terpaksa mengenepikan perancangan untuk bercuti dengan tenang apabila Nick Fury tiba-tiba muncul dan meminta bantuannya untuk merungkai misteri serangan-serangan makhluk elemental yang tiba-tiba muncul dan mendatangkan kemusnahan.


Dalam trailer filem Spider-Man: Far From Home, Nick Fury (dilakonkan oleh Samuel L. Jackson) menyebut Quentin Beck (atau Mysterio, yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal) "from Earth, just not ours. The Snap tore a hole in our dimension". Dan Peter Parker menjawab "You're saying there's a multiverse?". Berkemungkinan inilah caranya MCU bakal membuka pintu untuk watak-watak-watak terbaharu mereka dipaparkan seperti X-Men dan Fantastic Four selesai penggabungan entiti perniagaan milik Fox yang kini menjadi milik Disney.


Barisan pelakon untuk filem Spider-Man: Far From Home adalah Tom Holland (sebagai Peter Parker/ Spider-Man), Zendaya (sebagai MJ) dan Marisa Tomei (sebagai Aunt May). Jake Gyllenhaal akan melakonkan watak Mysterio, manakala Michael Keaton akan kembali sebagai Adrian Toomes/The Vulture. Berdasarkan trailer di atas juga, Samuel L. Jackson (Captain Marvel) dan Cobie Smulders turut akan muncul dalam filem ini dan menyambung watak mereka sebagai Nick Fury and Maria Hill.

Filem Spider-Man: Far From Home diarahkan oleh Jon Watts dan dijadualkan untuk tayangan pada 5 Julai 2019.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم