Poster Watak Terbaru Filem Avengers Endgame Diperlihatkan - Saksikan!


Kami kongsikan di sini poster watak-watak terbaru dari filem Avengers: Endgame, filem yang paling kami nanti-nantikan tahun ini. Saksikan poster-poster tersebut di bawah :

...


Filem Avengers: Infinity War yang ditayangkan tahun lepas menyaksikan pasukan superhero terhebat Bumi itu berhadapan dengan Thanos, yang berjaya dalam misinya untuk mendapatkan 6 biji Batu Infiniti untuk melengkapkan Infinity Gauntlet dan menghapuskan separuh hidupan di galaksi ini dengan hanya satu petikan jari sahaja, termasuklah Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), King T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman), Groot (Vin Diesel), Wanda Maximoff/Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), Sam Wilson/Falcon (Anthony Mackie), Mantis (Pom Klementief), Drax (Dave Bautista), Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt), Dr. Stephen Strange (Benedict Cumberbatch), and Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), Maria Hill (Cobie Smulders), Hank Pym (Michael Douglas), Hope van Dyne/Wasp (Evangeline Lily), Janet van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson), walaupun Fury berjaya menghantar isyarat kecemasan kepada Captain Marvel (Brie Larson).

Dari trailer terbaru filem Avengers: Endgame, maka sahlah pasukan Avengers akan mengenakan sut baru berwarna putih seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini. Terdapat juga paparan rupa baru Hawkeye (dengan potongan rambut baru), dan mungkin adegan pertempuran Ant-Man (dalam versi kecil) yang cuba mengelak beberapa barangan seperti 3.5mm audio cable dan pensel. Sebelum ini, kami juga ada berkongsikan beberapa khabar angin berkaitan filem Avengers: Endgame, seperti pengumuman persaraan Pepper Potts, gambar promosi terbaru filem Avengers: Endgame, adakah Iron Man akan mati dan lain-lain.

Filem Avengers: Endgame akan ditayangkan di Malaysia 2 hari lebih awal dari pasaran antarabangsa, iaitu bermula 24 April 2019. Dan tiket-tiket filem berkenaan juga sudahpun mula dijual di pawagam. Cepat dapatkan tiket untuk tak terlepas menjadi antara yang terawal menonton filem Avengers: Endgame, yang akan memakan masa 3 jam tayangan!

KOMEN ANDA

أحدث أقدم