Gambar Promosi Filem Avengers: Endgame Memperlihatkan Kostum Baru Superhero!

Selama berbulan-bulan lamanya peminat filem Marvel teruja menantikan filem Avengers: Endgame. Pelbagai persoalan bermain di minda dan banyak pertanyaan yang perlu dijawab susulan kejadian yang berlaku dalam filem Avengers: Infinity War. Kini, terdapat gambar promosi terbaru yang menampilkan kostum yang akan dikenakan oleh pasukan superhero terhebat itu.


Gambar promosi di bawah merupakan sebahagian daripada peraduan bertemakan Avengers yang dijalankan oleh syarikat popcorn Orville Redenbacher. Gambar tersebut menampilkan watak  superhero yang terselamat dalam filem Avengers: Infinity War, namun Rocket dan Nebula tidak ditampilkan. Dan seperti mana pernah didedahkan dalam gambar rahsia sebelum ini, nampaknya benarlah Iron Man akan mengenakan sut-tepat-komik dengan tona warna sama seperti watak Iron Man dalam komik klasiknya. Warna rambut Black Widow juga kembali merah, manakala Steve Rogers pula kembali mengenakan sut asal Captain America.


Awal minggu ini, Marvel telah mendedahkan sinopsis rasmi filem Avengers: Endgame, yang boleh dilihat di bawah:

“After the devastating events of Avengers: Infinity War, the universe is in ruins due to the efforts of the Mad Titan, Thanos. With the help of remaining allies, the Avengers must assemble once more in order to undo Thanos’ actions and restore order to the universe once and for all, no matter what consequences may be in store.”

Apa pendapat anda tentang kostum baru superhero kegemaran ramai ini? Tinggalkan komen anda di ruangan komen di bawah!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post