Siapakah Pelakon Pertama Yang Mengesahkan Akan Kembali Untuk Filem Mission: Impossible 7?


Francais filem Mission: Impossible terus memberikan perkembangan terbaru. Selepas pengumuman yang pengarah Christopher McQuarrie akan kembali untuk mengarahkan 2 lagi filem Mission: Impossible, kini salah seorang pelakon utama, Rebecca Ferguson (The Kid Who Would Be King) telah mengesahkan yang beliau akan kembali untuk filem ke-7 Mission: Impossible

Ketika ditemuramah di rancangan bual bicara British, Lorraine, hosnya bertanyakan kepada aktres kelahiran Sweden itu jika penonton dapat menyaksikannya lagi beraksi dalam filem akan datang Mission: Impossible. Ferguson terus menjawab “You will”, menjadikannya pelakon pertama yang mengesahkan kemunculannya dalam filem sambungan Mission: Impossible, dengan Simon Pegg (Ready Player One) dan Ving Rhames (Pulp Fiction) juga dijangka akan kembali untuk filem akan datang.

rebecca ferguson mission impossible

Ferguson mula menyertai francais filem Mission Impossible pada filem ke-5, iaitu Mission: Impossible - Rogue Nation, dan menyambung wataknya iaitu agen rahsia MI6, Ilsa Faust untuk filem ke-6 iaitu Mission: Impossible - Fallout.

Melihatkan sambutan menggalakkan 2 filem terakhir, pengarah Christopher McQuarrie telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Paramount untuk menulis dan mengarahkan 2 filem sambungan Mission: Impossibe, untuk meneruskan kerjasamanya sebelum ini dengan pelakon utamanya, Tom Cruise, yang sudah semestinya akan kembali untuk filem sambungan Mission : Impossible.

Skydance Media, yang menyertai francais itu sejak filem ke-4, iaitu Mission: Impossible - Ghost Protocol, akan bertindak sebagai penerbit untuk 2 filem sambungan tersebut.

Francais filem Mission: Impossible telah bertahan selama 25 tahun, dengan 6 filem, yang meletakkan tahap aksi dan babak lasak ke tahap yang tersendiri. Filem terbarunya, Mission: Impossible - Fallout, kini mengekalkan rating 97% di laman rating filem Rotten Tomatoes, dan mencatatkan kutipan sebanyak USD790 juta di seluruh dunia.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم