Trailer Pertama Filem Spider-Man: Far From Home Akan Diperlihatkan Minggu Ini?

Nampaknya ini merupakan minggu yang amat sibuk buat Marvel Studios, dan sudah tentu menyebabkan peminat filem Marvel tidak senang duduk. Manakan tidak, selepas memperlihatkan trailer kedua filem Captain Marvel dan trailer pertama filem Avengers 4 pada Jumaat, kini ada khabar menyatakan yang trailer pertama filem Spider-Man: Far From Home juga akan diperlihatkan pada minggu ini!



Sebelum ini, ada diberitahu yang trailer pertama filem Spider-Man: Far From Home akan diperlihatkan pada bulan ini - berkemungkinannya pada minggu depan. Tetapi kini, Daniel RPK melaporkan yang trailer pertama filem Spider-Man: Far From Home akan diperlihatkan minggu ini - berkemungkinannya pada Sabtu!

Sudah tentunya seperti mana peminat filem Marvel yang lain, kami juga tidak sabar menantikan trailer pertama filem Spider-Man: Far From Home. Apatah lagi Jake Gyllenhaal yang berkemungkinan muncul buat pertama kali sebagai Mysterio – beserta helmet ikonik berbentuk balang ikan - yang masih belum kelihatan dalam mana-mana set foto seperti mana yang pernah kami paparkan sebelum ini.

Nantikan pengumuman selanjutnya dari kami untuk trailer pertama filem Spider-Man: Far From Home nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post