Stan Lee Selesai Merakamkan Penampilan Cameo Filem Avengers 4 Sebelum Kematiannya

Stan Lee Selesai Merakamkan Penampilan Cameo Filem Avengers 4 Sebelum Kematiannya

Berita kematian ikon komik Marvel, Stan Lee menyebabkan dunia komik meratapi pemergiannya. Reaksi awal daripada peminat-peminat komik Marvel dan nama-nama besar dalam Marvel Cinematic Universe rata-ratanya merakamkan penghargaan di atasa usaha Stan Lee selama ini, sehinggalah watak komik Marvel menjadi nama besar kini, ditambah pula dengan filem-filem Marvel Studios yang sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan.



Jika dilihatkan dari sisi Marvel Cinematic Universe (MCU) pula, selain filemnya, antara yang paling dinantikan dalam setiap filem adalah penampilan cameo oleh Stan Lee. Stan Lee telah membuat penampilan cameo dalam hampir setiap filem Marvel sebelum ini, dan sebelum kematiannya, Lee juga telah selesai menjalani penggambaran untuk penampilan cameo bagi filem Avengers 4. Seperti mana didedahkan oleh pengarah filem Avengers 4 ketika ditemuramah oleh BBC Radio sebelum ini, Joe Russo menyatakan :

"He's the godfather of a lot of these stories, him and Jack Kirby. So, Stan, typically we try to get him out — he doesn't love to fly — so we try to get him out for his cameos around the same time. So if we have other movies shooting on the same lot that we're on, for instance Ant-Man [and the Wasp] or Avengers 4, we group his cameos together and then move him from one set to the next and get him through his cameos in one day."

Stan Lee muncul dalam filem Ant-Man and the Wasp, dan seperti mana dinyatakan oleh Joe Russo, turut membuat rakaman babak cameonya pada waktu yang hampir sama untuk filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4. Jadi ianya lebih mudah untuk merakamkan babak cameo membabitkan Stan Lee.

Dengan kematian Stan Lee, tidak diketahui sama ada Marvel juga telah membuat rakaman cameo (atau sekurang-kurangnya rakaman yang tidak digunakan sebelum ini) untuk meneruskan tradisi cameo Stan Lee dalam filem Marvel. Walau bagaimanapun, sudah tentunya selepas ini penampilan cameo Stan Lee akan dirindui oleh peminat-peminat filem Marvel. 

No comments:

Powered by Blogger.