Trailer Filem Johnny English Strikes Again - James Bond Versi Komedi?

Trailer Filem Johnny English Strikes Again - James Bond Versi Komedi?


Filem Johnny English Strikes Again merupakan filem ketiga dalam siri filem komedi Johnny English, yang menampilkan Rowan Atkinson yang kembali memegang watak berkenaan. Kali ini, satu serangan siber berlaku di Britain dan mendedahkan senarai kesemua agen rahsia yang sedang menyamar di seluruh dunia. Ini memaksa kerajaan Britain untuk sekali lagi memanggil Johnny English, kini seorang guru, untuk membantu menyelamatkan keadaan. Filem ini turut dibintangi oleh Emma Thompson, Olga Kurylenko, Jake Lacy dan Ben Miller, dengan David Kerr bertindak sebagai pengarah.




Filem Johnny English Strikes Again dijadualkan untuk tayangan pada 13 September 2018 dan diedarkan oleh United International Pictures.

No comments:

Powered by Blogger.