Eminem Menghasilkan Lagu Untuk Soundtrack Filem Venom?

Eminem Menghasilkan Lagu Untuk Soundtrack Filem Venom?

Eminem dilaporkan telah menyelitkan lagu dari soundtrack filem Venom secara rahsia di dalam album terbarunya “Kamikaze,” yang diedarkan semalam. Penyanyi rap itu turut mendedahkan klip 15 saat lagu berkenaan di laman Twitter rasminya semalam, disusuli dengan pelancaran penuh album terbarunya itu. Diberi tajuk “Venom – Music From The Motion Picture,”, lagu tersebut mempunyai beberapa rujukan terhadap jalan cerita filem Venom.



Tom Hardy memainkan watak Eddie Brock/Venom, di samping pelakon lain seperti Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze, Reid Scott, dan Woody Harrelson. Jika filem Venom berjaya, Sony telahpun merancang untuk menghasilkan filem solo lain watak-watak komik seperti Jackpot, Black Cat, Kraven the Hunter dan Silver Sable. Sebelum ini, filem Morbius the Living Vampire telahpun membariskan Jared Leto sebagai pelakin utama.

Venom adalah berdasarkan watak Marvel dari perspektif Sony dan bukanlah spinoff daripada Marvel Cinematic Universe oleh Marvel Studios, walaupun Sony telah membenarkan watak Spider-Man dimainkan oleh Tom Holland.

Diarahkan oleh Ruben Fleischer (Zombieland, Gangster Squad) filem Venom dijadualkan untuk tayangan pada 5 Oktober 2018.

No comments:

Powered by Blogger.