Saksikan Trailer Penuh Filem Venom, Watak Antihero Dari Komik Spider-Man!


Susulan pengumuman Sony Pictures di CinemaCon baru-baru ini, studio berkenaan telah memperlihatkan trailer terbaru filem Venom yang boleh dilihat di Youtube. Saksikan trailer penuh berkenaan di bawah : 


Tom Hardy membawakan watak Eddie Brock, perumah untuk Venom. Selain Tom Hardy, filem berkenaan turut dibintangi oleh Michelle Williams (The Greatest Showman), Riz Ahmed (Rogue One: A Star Wars Story), Jenny Slate (Zootopia) dan Woody Harrelson (The Hunger Games).

Watak Venom dalam filem ini adalah berlatarkan watak dari vesi Marvel Universe Sony dan bukanlah spinoff daripada Marvel Cinematic Universe, yang mana Sony membenarkan watak Spider-Man untuk dimainkan oleh Tom Holland. Avi Arad dan Matt Tolmach bertindak sebagai penerbit bersama Amy Pascal.

Diarahkan oleh Ruben Fleischer (Zombieland, Gangster Squad) dan ditulis oleh Scott Rosenberg (Pain & Gain, Jumanji) dan Jeff Pinkner (The Amazing Spider-Man 2), filem Venom dijadualkan untuk tayangan pada 5 Oktober 2018.

Mulanya ditampilkan dalam komik sebagai alien costume yang dipakai oleh Spider-Man dalam komik The Amazing Spider-Man #252 pada 1984, hanya beberapa tahun kemudian makhluk berkenaan meninggalkan Peter Parker dan menjadikan jurugambar Eddie Brock sebagai perumah baru, dan menjadi antihero dikenali sebagai Venom. Sejak itu, watak berkenaan telah muncul dalam pelbagai bentuk dan bergabung dengan beberapa perumah lain. 


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post