Gal Gadot Melawat Hospital Kanak-Kanak Dengan Sut Penuh Wonder Woman!



Sejak kemunculan begitu banyak filem superhero (dan superheroin), bukanlah sesuatu yang asing untuk pelakon-pelakon utama filem superhero untuk melakukan aktiviti kebajikan dengan berpakaian lengkap watak superhero yang mereka mainkan. Terbaru, ketika berehat dari produksi filem terbaru Wonder Woman, pelakon utamanya, aktres Gal Gadot telah mengenakan sut penuh Wonder Woman dan melawat ke Hospital Kanak-Kanak Inova di Annandale, Virginia. Saksikan gambar di bawah :



Filem terbaru Wonder Woman berlatarkan tahun 1980-an dan menampilkan watak penjahat baru, The Cheetah (akan dimainkan oleh Kristen Wiig). Manakala Chris Pine akan kembali membawakan watak Steve Trevor.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Stephen Jones dan Gal Gadot bertindak sebagai produser untuk filem tersebut.



Penggambaran dijalankan Washington, D.C., Alexandria, Virginia, dan juga di UK, Sepanyol dan Canary Islands.

Dijadualkan untuk tayangan pada 1 November 2019, watak Wonder Woman adalah berdasarkan watak yang dicipta oleh William Moulton Marston, dan muncul dalam siri komik terbitan DC Entertainment. 

Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post