Ant-Man and The Wasp Kini Mencatat Kutipan Antarabangsa Sebanyak USD161 Juta!

Filem terbaru Walt Disney Pictures dan Marvel Studios, Ant-Man and The Wasp kini mencatatkan kutipan antarabangsa sebanyak USD161 juta. Secara domestiknya, filem ini mencatatkan kutipan sebanyak USD76 juta, 33% lebih tinggi berbanding filem pertama Ant-Man (2015) yang mencatatkan kutipan USD57.2 juta. Filem Ant-Man and The Wasp kini berada di kedudukan nombor 1 untuk minggu ini, dan menjadi filem ke-20 dalam Marvel Cinematic Universe yang mencatat kedudukan nombor 1 dalam minggu pertama ditayangkan di pawagam. 


Sambungan filem Ant-Man ini menampilkan pelakon seperti Paul Rudd, Evangeline Lilly, Michael Peña, Bobby Cannavale, Judy Greer, Abby Ryder Fortson, Tip “T.I.” Harris, David Dastmalchian, Hannah John-Kamen, Walton Goggins, Randall Park, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, dan Michael Douglas. Filem Ant-Man  and The Wasp sekali lagi diarahkan oleh Peyton Reed.


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post