Legendary Dikhabarkan Akan Menghasilkan Filem Aksi Hidup Gundam 

Legendary Pictures telah menetapkan pandangannya terhadap francais sains fiksyen terkenal Jepun, iaitu Gundam, dan telah mengumumkan yang mereka akan menghasilkan filem aksi hidup berdasarkan francais berkenaan.



Pengumuman tersebut dibuat oleh Sunrise Studios dan Legendary Pictures di Anime Expo 2018 yang mereka akan bekerjasama dalam produksi adaptasi francais Gundam yang telah menjangkau usia 40 tahun penghasilannya, dah telah mengumpul jumlah peminat setia yang bukannya sedikit. Selain terkenal dengan permainannya, fancais Gundam turut meliputi siri TV, manga, novel dan lain-lain bentuk media. Perincian mengenai plot filem berkenaan masih lagi rahsia, dengan Cale Boyter dari bahagian kreatif Legendary akan memantau penghasilan filem berkenaan.

Siri Gundam berkisar di kurun Universal, di mana manusia telah mula hidup secara koloni di angkasa lepas. Lama-kelamaan, koloni-koloni yang wujud telah mula mencari kemerdekaan sendiri, dan melancarkan perang terhadap mereka yang masih tinggal di Bumi. Dalam siri ini, pertarungan berlaku dalam robot gergasi dipandu seorang pemandu, dipanggil mobile suit, menjadikannya sangat popular di kalangan peminat.

Legendary bukanlah asing dalam francais berskala besar. Pernah menghasilkan filem trilogi hit Jurassic World dan lain-lain filem seperti Godzilla pada 2014, Kong: Skull Island pada 2017 dan filem akan datang, Godzilla: King of Monsters, yang dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 31 Mei 2019, dan Godzilla vs. Kong, yang telah dijadualkan untuk tayangan pada 22 Mei 2020.


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post