Lucasfilm Dilaporkan Menangguhkan Penghasilan Semua Filem "Spin-Off" Star Wars Story

Kami akui bukanlah penggemar siri filem A Star Wars Story, iaitu siri filem spin-off watak-watak dalam dunia Star Wars. Kami rasakan penghasilan filem-filem berkenaan hanyalah usaha Disney (yang merupakan pemunya Lucasfilm sekarang selepas pembelian bernilai USD2.2 billion pada Disember 2012) untuk mengaut keuntungan berganda melalui kumpulan peminat Star Wars yang sememangnya ramai di seluruh dunia. Apatah lagi filem terbaru mereka, iaitu Solo: A Star Wars Story, mencatatkan kutipan yang rendah sejak ditayangkan di pawagam sejak 25 Mei lalu. 


Terbaru, Collider melaporkan yang lain-lain filem dalam siri spin-off berkenaan telah ditangguhkan oleh Lucasfilm. Ini termasuklah filem spin-off watak Obi Wan Kenobi dan Boba Fett. Studio tersebut dikhabarkan memberikan fokus utama terhadap filem Star Wars: Episode IX, yang akan ditayangkan pada perayaan Krismas 2019.

Sebagai perbandingan, filem Solo: A Star Wars Story hanya mencatatkan kutipan sebanyak USD341.9 juta hingga kini, menjadikannya filem Star Wars yang mencatatkan kutipan terendah di pawagam, berbanding Star Wars Episode VII: The Force Awakens yang mencatatkan kutipan lebih USD1.7 billion.


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post