Henry Cavill Dan Angela Bassett Ditampilkan Dalam Gambar Terbaru Filem Mission: Impossible - Fallout

Lagi gambar terbaru filem Mission: Impossible – Fallout diperlihatkan, kali ini menampilkan Henry Cavill (dengan gaya bermisai) dan Angela Bassett.




Mission: Impossible – Fallout kembali menampilkan Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukan IMF (Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames, Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan) dalam perlumbaan mengejar masa akibat satu misi yang gagal. Kehadiran Henry Cavill, Angela Bassett, dan Vanessa Kirby menguatkan lagi senarai pelakon filem ini.

Francais filem Mission: Impossible bermula pada tahun 1966 dengan siri TV asal oleh CBS, yang bertahan selama 7 musim melibatkan 171 episod. Tom Cruise membawakan Mission: Impossible ke layar filem yang menjadikan siri perisikan TV ini kepada francais terkenal sekarang.

Christopher McQuarrie, yang sebelum ini mengarahkan filem Mission: Impossible Rogue Nation, sekali lagi diberikan tugas mengarahkan filem Mission: Impossible ini.

Mission: Impossible – Fallout akan ditayangkan pada 27 Julai 2018.

No comments:

Powered by Blogger.