Poster Antarabangsa Terbaru Filem Black Panther

Marvel Studios telah mendedahkan poster antarabangsa terbaru filem Black Panther yang boleh dilihat di bawah :

Filem Black Panther merupakan lanjutan kepada kisah T’Challa, yang selepas kematian bapanya, Raja Wakanda, kembali ke negaranya yang terpencil, tetapi merupakan negara Afrika yang mempunyai teknologi termaju. T'challa menaiki takhta Wakanda dan mengambil tempatnya sebagai Raja baru Wakanda Berdepan konflik dan ancaman baru, T'challa, atau Black Panther, perlu mempertahankan nasib Wakanda dan mengalahkan musuhnya untuk memastikan keselamatan rakyatnya dan gaya hiidup mereka. 

Black Panther dibintangi oleh Chadwick Boseman,sebagai Black Panther, di samping Michael B. JordanLupita Nyong’oDanai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker dan Andy Serkis.

Filem ini diarahkan oleh Ryan Coogler, dan filem Black Panther akan ditayangkan pada 16 Februari 2018.

Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post