20th Century Fox telah menghentikan sementara produksi filem biopik Freddie Mercury, Bohemian Rhapsody, gara-gara masalah kesihatan yang menimpa pengarahnya, Bryan Singer.

Menurut kenyataan studio berkenaan, produksi berkenaan “Twentieth Century Fox Film telah menghentikan sementara produksi ‘Bohemian Rhapsody’ disebabkan masalah kesihatan Bryan Singer.” Wakil pengarah berkenaan memaklumkan kepada BBC bahawa ianya berpunca daripada "masalah kesihatan peribadi melibatkan Bryan dan keluarganya… Bryan berharap dapat kembali bekerja dan menyelesaikan filem berkenaan dengan segera.” 
Beberapa sumber-sumber memberitahu THR yang Singer tidak kembali ke set penggambaran selepas cuti Thanksgiving, dengan terdapat laporan mengatakan produser filem berkenaan menjadi bimbang dan berkemungkinan menggantikan Singer dengan pengarah lain. Menurut laman berkenaan juga, terdapat perbalahan antara Singer dan pemegang watak utama, Rami Malek. 
Penggambaran filem biopik Bohemian Rhapsody sedang dijalankan di U.K. DIjangkakan tiada perubahan tarikh tayangan yang dijadualkan pada Disember 2018.
Bohemian Rhapsody mengisahkan tentang Freddie Mercury, wataknya dimainkan oleh Rami Malek (Mr. Robot) dan kumpulan muzik ikoniknya, Queen. Queen diasaskan di London pada tahun 1970an dan dikenali dengan lagu hit seperti “We Will Rock You,” “We Are The Champion,” “Killer Queen,” “Don’t Stop Me Now,” dan banyak lagi. Tidak diketahui berapa banyak sejarah Queen yang akan dipaparkan dalam filem Bohemian Rhapsody sejak kumpulan berkenaan ditubuhkan sehinggalah kematian tragik Mercury pada tahun 1991.
Selain Malek, watak anggota Queen akan dibawakan oleh Joe Mazzello, Ben Hardy, and Gwilym Lee. Bohemian Rhapsody dijangkakan akan ditayangkan pada hari Krismas tahun 2018.

Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post