Selepas beberapa tahun berspekulasi, Fox akhirnya mengumumkan filem berdasarkan watak komik Marvel, Deadpool akan dihasilkan dengan pelakon Ryan Reynolds dijangka akan membawakan watak utama filem berkenaan.


Walaupun nama Reynolds masih belum disahkan atau diumumkan secara rasmi, namun dijangkakan yang ianya akan lebih kepada formaliti, dengan filem berkenaan dijadualkan untuk tayangan pada 12 Februari 2016.

Mungkinkah akan ada pendekatan yang lebih serius untuk watak berkenaan kali ini? Sebab kali terakhir ianya dipaparkan dalam filem X-Men Origins: Wolverine sebelum ini, ianya mendapat kritikan teruk daripada peminat.

Kami tidaklah begitu kenal ataupun mengikuti secara dekat watak Deadpool ini di komik, tetapi diharapkan penghasilan filem Deadpool ini nanti akan memperbetulkan kembali tanggapan peminat yang terlalu kecewa dengan watak berkenaan sebelum ini.


Sumber dari Total Film

2 Comments

  1. bakal diterbitkan di bawah fox ek. terbaik. lama menantikan film deadpool

    ReplyDelete
  2. syazwan : yup sebab Deadpoool masih dikira ada kaitan dengan X-Men. Sebab tu Marvel takleh ambik balik sebab hak penerbitan siri X-Men masih pada Fox

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post