Filem Kong: Skull Island, yang akan menceritakan tentang latar belakang pulau di mana asalnya watak King Kong, telah  berjaya mendapatkan pelakon bertaraf A-list untuk senarai pelakonnya, dengan Tom Hiddleston (Loki) akan membawakan watak utama untuk filem prequel berkenaan.


Projek filem berkenaan turut mengumumkan secara rasmi pengarahnya, iaitu pengarah filem The Kings Of Summer, Jordan Vogt-Roberts.

Skrip filem terbaru ini akan ditulis oleh penulis skrip filem Godzilla iaitu Max Borenstein dan akan memfokuskan sepenuhnya terhadap pulau berkenaan, di mana King Kong berasal. 

Filem Kong: Skull Island dijangka akan ditayangkan pada 4 November 2016.


Sumber dari Total Film


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post