Selain sibuk dengan jadual penggambaran untuk filem The Avengers: Age Of Ultron, Scarlett Johansson turut bakal muncul dalam filem terbaru tidak lama lagi. Bertajuk Lucy, filem ini dijadualkan akan ke pawagam pada 21 Ogos 2014 nanti.

Arahan Luc Besson yang sebelum ini menghasilkan cerita seperti La Femme Nikita, The Professional dan The Fifth Element, kini filem Lucy menampilkan Scarlett Johansson sebagai Lucy, seorang wanita yang secara tidak sengaja terlibat dalam perjanjian rahsia yang akhirnya menjadikannya seorang superhuman dengan keupayaan luar biasa.  Filem ini turut menampilkan pelakon hebat, Morgan Freeman.
Saksikan trailer filem ini di bawah :

Sumber daripada Comingsoon.net

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post