Satu lagi watak dalam filem Captain America: The Winter Soldier mendapat posternya tersendiri. Emily VanCamp yang terkenal dengan watak Emily Thorne dalam siri TV Revenge, tampil membawakan watak Sharon Carter a.k.a Agent 13 dalam filem ini.


Siapa Sharon Carter? Apakah kaitannya dengan Peggy Carter, love interest kepada Captain America daripada filem pertama dulu?

Apakah pula peranannya dalam filem ini? Dan adakah ada agenda lain yang dibawakannya memandangkan dia kini juga salah seorang ajen S.H.I.E.L.D.?

Filem Captain America: The Winter Soldier akan menemui penonton Malaysia pada hari Khamis ini (27 Mac). Jadi jangan ketinggalan menontonnya!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post