Sampai juga tarikh tayangan bagi antara filem yang paling kami tunggu-tunggu tahun ini. Thanks to KLIPS, dapat juga kami menonton premiere screening filem Captain America: The Winter Soldier, sehari lebih awal daripada orang lain.

Jalan Cerita :
Filem ini berlatarkan Steve Rogers/ Captain America yang selepas kejadian di New York dalam filem The Avengers, cuba menyesuaikan diri dalam zaman moden. Di awal filem, dilihatkan perkenalan antara Cap dengan Sam Wilson/ Falcon. Cap bekerja dengan S.H.I.E.L.D. untuk menjadikan dunia lebih aman dan ideal.


Pakaian :
Sut yang dikenakan di awal filem adalah diinspirasikan dari kostum Super-Soldier dari komik. Nampak lebih kemas dan lebih taktikal, sesuai dengan peranannya dalam S.H.I.E.L.D. Tetapi di akhir filem, Cap kembali mengenakan kostum bendera USA sepertimana dalam filem pertama dulu.

Plot :
Filem ini menonjolkan beberapa twist yang dijangka dan tak dijangka. Antaranya, bagaimana HYDRA sebenarnya sudah menyusup dalam S.H.I.E.L.D. sejak sekian lama. Kini terpulang kepada Cap untuk menghapuskan HYDRA setelah dilabelkan sebagai pelarian selepas lari dari kompleks Triskelion (markas S.H.I.E.L.D.).


Sam Wilson a.k.a Falcon
Watak superhero baru yang membantu Cap dalam misinya membersihkan S.H.I.E.L.D. Alat penerbangan yang digunakannya dirasionalkan dalam filem ini sebagai peralatan ketenteraan. Introduction Falcon beraksi kami rasakan tersangatlah awesome.


The Winter Soldier
Watak penjahat utama dalam filem ini. Merupakan rakan baik Cap, Bucky Barnes yang telah dibrainwash, kekuatannya setanding dengan Captain America sehingga boleh menghentikan perisai yang dilempar oleh Cap. Kami merasakan watak Winter Soldier akan dikembangkan untuk filem ketiga nanti. Babak pertarungan antara Captain America dan Winter Soldier kelihatan sangat realistik dan dapat dilihat yang kekuatan Winter Soldier memang setanding dengan Captain America.

Kami rasa sangat puas hati dengan sequel filem Captain America ini. Penuh aksi yang mendebarkan dan perkembangan watak-watak yang seimbang. Jangan lupa tunggu di akhir kredit filem ini kerana ada dipaparkan watak Quicksilver dan Scarlet Witch yang akan muncul dalam filem The Avengers: Age Of Ultron nanti.

Kami berikan 10/10 bintang untuk filem Captain America: The Winter Soldier ini! Jangan lupa menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

3 Comments

  1. Wah, untung la dpt tgok sehari awal... filem ni mmg terbaik! Setanding citer the Avengers... review korang pn best..

    ReplyDelete
  2. filem ni memang terbaik! setanding citer the Avengers... review ni pun best... :)

    ReplyDelete
  3. […] watak Quicksilver lebih awal di layar perak dengan memasukkan watak tersebut dalam filem Captain America: The Winter Soldier (dalam satu scene di akhir filem tersebut). Kalau dilihat perbandingan rupa watak Quicksilver […]

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post