SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, January 6, 2014

The Rock Dikhabarkan Mengadakan Perbincangan Dengan Warner Bros. Untuk Watak DC Comics



Dwayne 'The Rock' khabarnya telah mengadakan perbincangan dengan Warner Bros. Pictures tentang kebarangkalian memainkan watak dari filem DC Comics. Agaknya apalah watak yang akan dibawa oleh The Rock nanti ye?

The Rock telah banyak membantu menaikkan francais-francais filem yang hampir terkubur sebelum ini. Filem seperti Fast 5, G.I. Joe : Retaliation dan Fast & Furious 6 antara filem hit yang dilakonkan oleh The Rock.

Semakin banyak filem berkaitan komik bakal difilemkan. DC Comics pun nampaknya dah mula cuba mengikut jejak Marvel Comics dengan Marvel Cinematic Universe mereka.

Satu perkembangan yang baik untuk semua peminat komik.

No comments:

Post a Comment