Rupa Baru Magneto Dalam Filem X-Men: Days Of Future Past (2014)

SembangFilem-X-Men-_Days_of_Future_Past_46
Gambar di atas adalah rupa terbaru watak Magneto, yang dilakonkan oleh Michael Fassbender dalam filem X-Men: Days Of Future Past yang bakal ditayangkan pada 2014 nanti.

Bakal ditayangkan pada 22 Mei 2014, filem X-Men: Days Of Future Past ini akan menemukan dua generasi filem X-Men yang berbeza. Ada Magneto versi muda dan ada Magneto versi tua. Untuk versi tua, Sir Ian McKellen akan menyambung kembali wataknya dari filem X-Men: The Last Stand.

sembangfilem-magneto-gets-vintage-suit-in-new-still-of-x-men-days-of-future-past

Amacam, serupa tak dengan versi komik? Watak Magneto yang dibawakan oleh Michael Fassbender ini adalah kesinambungan daripada filem X-Men: First Class sebelum ini. Dan kepada sesiapa yang masih ingat, di penghujung filem itu ada ditunjukkan rupa pakaian Magneto adalah seperti berikut :

First-Class-Magneto

Agak jauh jugak bezanya, kan?

No comments:

Powered by Blogger.