Dalam entri sebelum ini, aku dah pernah poskan tentang poster dan trailer awal filem remake, Robocop (2014). Dan kali ini, dipaparkan pula poster dan trailer terbaru daripada filem ini.

SembangFilem_new_RoboCop_poster

Dijadualkan untuk tayangan pada 12 Februari 2014, filem Robocop (2014) ini masih mengekalkan watak Alex Murphy sepertimana filem-filem terdahulu, tapi ceritanya diolah semula mengikut kesesuaian semasa. Berlatarbelakangkan tahun 2028, Alex Murphy merupakan seorang polis yang bagus sebelum satu letupan menyebabkannya mengalami kecacatan. Omnicorp, syarikat yang membekalkan teknologi robotik, mengambil peluang ini untuk bereksperimen di mana manusia dan mesin bergabung menjadi Robocop.



Melihat kepada trailer terbaru di atas, aku masih skeptikal dengan cara Robocop dipaparkan. Rekabentuk sut armor baru Robocop (berwarna hitam) nampak terlalu sama dengan sut Iron Man. Dan cara pergerakan Robocop juga lebih mirip kepada manusia yang memakai sut armor, bukan robotik sepenuhnya seperti dalam filem sebelum ini.

Sama-samalah kita nantikan hasilnya, samada flop ataupun tidak filem ini nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post