Filem aksi terbaru dilakonkan oleh Donnie Yen (Ip Man) bakal menemui penonton tak lama lagi. Filem bercorak kepolisan ini mengisahkan Chen (Donnie Yen) yang merupakan polis undercover yang ditugaskan menyusup masuk ke dalam salah satu organisasi gelap paling kejam di China.

Ketua kumpulan penjahat, Xiong dapat mengesan aktiviti penyusupan masuk oleh perisik polis ke dalam kumpulannya, dan satu demi satu rakan perisik Chen hilang tanpa dikesan. Risau dirinya bakal menjadi sasaran seterusnya, Chen perlu segera bertindak untuk memusnahkan organisasi jahat itu dari dalam dan kekal hidup sehingga msinya selesai.


Filem ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 17 Oktober nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post