[Video] Trailer Filem The Second Sight (2013) : Filem Seram Dari Thailand


Semakin banyak filem seram daripada Thailand memasuki pasaran Malaysia. Filem The Second Sight, arahan pengarah Pornchai Hongrattanaporn ini mengisahkan Jet, seorang lelaki yang mempunyai kuasa psikik sejak lahir. Disebabkan dianggap pelik oleh orang lain, dia membenci kuasa yang dimiliknya. Jet mengambil keputusan untuk merahsiakan kebolehannya itu.




Walau bagaimanapun, dia akhirnya menyalahgunakan kebolehan yang dimilikinya untuk masuk ke minda orang lain dan mencuri rahsia mereka. Perkara yang tak sepatutnya dilakukan inilah yang bakal mengundang masalah kepadanya di masa akan datang.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam Malaysia pada 7 November 2013.



No comments:

Powered by Blogger.