Liam Neeson sekali lagi menerajui filem bercorak aksi. Kali ini filem bertajuk Non-Stop yang bergenre suspense thriller yang menampilkan Liam Neeson dengan dibantu oleh Julianne Moore, Nate Parker, Michelle Dockery dan Scoot McNairy.

Dijadualkan untuk tayangan pada 28 Februari 2014 nanti, filem ini mengisahkan seorang U.S. Marshal bernama Bill Marks (Liam Neeson) dalam usahanya menyelamatkan penumpang kapal terbang yang dinaikinya daripada menjadi mangsa pengganas yang merampas kapal terbang yang dinaikinya dan menuntut wang tebusan sebanyak $150 juta.

Daripada trailer yang ditampilkan di bawah ini, nampaknya menarik. Rasanya setakat yang aku tonton filem lakonan Liam Neeson ini, memang tak pernah mengecewakan.



Apa pandangan anda selepas menonton trailer di atas?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post