sembangfilem-jack-ryan-shadow-recruit-poster


Jack Ryan : Shadow Recruit adalah filem terbaru keluaran Paramount Pictures, diarahkan oleh pengarah Kenneth Branagh (dari filem Thor) dan dibintangi oleh Chris Pine, Keira Knightley, Kevin Costner, Peter Andersson, Kenneth Branagh, David Paymer dan Colm Feore.


Watak Jack Ryan dalam filem ini adalah berdasarkan daripada watak yang dicipta oleh penulis buku perisikan terkenal Tom Clancy, yang meninggal dunia baru-baru ini. Ini merupakan filem kelima dari siri filem Jack Ryan dan juga filem reboot yang berlainan daripada filem-filem sebelumnya. Filem ini juga bukanlah filem adaptasi daripada mana-mana buku tulisan Tom Clancy, tetapi merupakan filem baru yang menampilkan watak Jack Ryan.




Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam pada 25 Disember 2013.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post