sembangfilem-i-frankenstein-poster


Satu lagi filem berdasarkan novel grafik bakal menemui penonton di pawagam pada tahun depan. Adaptasi dari novel I, Frankenstein ini mengisahkan pertempuran di antara gargoyles dan demons dalam usaha mereka untuk mendapatkan kuasa terhebat. Dalam pertempuran kedua-dua makhluk ini, ciptaan Victor Frankenstein, iaitu Adam (Aaron Eckhart - Harvey Two Face dalam The Dark Knight) turut terlibat sama di mana masing-masing cuba mendapatkan rahsia kepada kuasa immortality yang ada padanya.


Filem I, Frankenstein ini berdasarkan novel grafik oleh Kevin Grievoux, dan dilakokan oleh pelakon-pelakon seperti Bill Nighy, Yvonne Strahovski dan Miranda Otto. Saksikan trailer filem ini di bawah :




Filem I, Frankenstein ini dijadualkan bakal menjengah ke pawagam pada 24 Januari 2014. Daripada trailer yang ditunjukkan, nampaknya memang mengujakan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post