[Video] Trailer Filem Escape Plan (2013) : Lakonan Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger

SembangFilem-Escape-Plan-Movie-Poster


Dua orang ikon filem aksi yang tak perlu diperkenalkan lagi,  Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger bergabung dalam filem Escape Plan. Filem yang diarahkan oleh pengarah Sweden, Mikael Håfström ini mengisahkan karakter Ray Breslin (lakonan Stallone), seorang jurutera binaan yang dituduh atas jenayah yang bukan dilakukan olehnya dan disumbat ke dalam penjara yang direkanya sendiri.


Dalam usahanya untuk melepaskan diri dan membuktikan dirinya tak bersalah, dia dibantu oleh rakan selokapnya, Rottmayer (lakonan Schwarzenegger).




Filem ini dijadualkan bakal ke pawagam pada 18 Oktober 2013 nanti. Gabungan Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger dalam satu filem? Bunyinya menarik!


No comments:

Powered by Blogger.