[Video] Trailer Filem Insidious : Chapter 2 (2013)




Sebuah lagi filem seram bakal menjengah ke pawagam. Filem Insidious : Chapter 2, merupakan sambungan kepada filem Insidious yang ditayangkan pada tahun 2011.

Filem Insidious : Chapter 2 adalah hasil arahan pengarah James Wan (pengarah filem seram Saw dan yang akan mengarahkan filem ketujuh Fast and Furious) kembali mengisahkan keluarga Lambert yang berusaha mencari penyelesaian terhadap gangguan paranormal dengan membongkar rahsia zaman kanak-kanak, yang mungkin menjadi penyebab keluarganya mempunyai hubungan langsung dengan dunia ghaib.



Filem Insidious : Chapter 2 akan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 17 Oktober 2013.

No comments:

Powered by Blogger.