Sebagai pengendali blog yang membawakan berita filem dari dalam dan luar negara, peluang menonton wayang secara percuma memang takkan dilepaskan. Apatah lagi untuk menonton premiere screening untuk filem Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 di GSC Tropicana City Mall pada 1 Oktober 2013 baru-baru ini.

Filem Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 ini merupakan sambungan kepada filem pertama, selepas mesin Flint Lockwood Diatonic Super Mutating Dynamic Food Replicator (atau singkatannya FLDSMDFR) berjaya dimatikan untuk mengelakkan ribut makanan memusnahkan pekan Swallow Falls. Tetapi rupa-rupanya mesin tersebut menjadi sentient dan berfungsi sendiri, menghasilkan gabungan makanan dan haiwan (bergelar foodanimals) yang mempesonakan.


Dalam filem ini, watak penjahat utama ialah idola kepada Flint, iaitu Chester V. Memang menjadi impian Flint untuk bekerja di bawah Chester V, tetapi rupa-rupanya Chester V mempunyai muslihat lain dengan mengambil Flint bekerja di bawahnya.

Berjayakah Chester V merampas mesin FLDSMDFR daripada Flint dan meralisasikan idea jahatnya? Dan berjayakah Flint menghentikan rancangan jahat Chester V itu? Haa yang itu korang kena tonton sendiri di pawagam berhampiran korang.


Apa yang pasti, filem ini menampilkan watak foodanimals yang mengagumkan sehingga boleh hidup dalam ekosistem sendiri di pulau Swallow Falls. Sesuai sangat ditonton sambil membawa anak-anak.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post