[Video] Trailer Filem Captain Phillips (2013) : Kisah Penawanan Kapal Oleh Lanun Somalia

sembangfilem_captain_phillips


Filem Captain Phillips merupakan filem berdasarkan kisah sebenar Captain Richard Phillps, kapten kapal MV Maersk Alabama milik USA yang menjadi tawanan lanun Somalia pada tahun 2009, menjadikannya kapal Amerika pertama yang ditawan lanun dalam tempoh 200 tahun.




Filem ini diterajui oleh Tom Hanks sebagai Captain Phillips, dan juga pelakon-pelakon lain seperti Catherine Keener, Max Martini, Yul Vazquez, Michael Chernus, Chris Mulkey, Corey Johnson, David Warshofsky, John Magaro dan Angus MacInnes.


Filem Captain Phillips ini berdasarkan kepada buku "A Captain's Duty: Somali Pirates, Navy SEALs, and Dangerous Days at Sea," yang ditulis sendiri oleh Richard Phillips dan Stephan Talty.


Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 11 Oktober 2013 nanti.


No comments:

Powered by Blogger.