Trailer Pertama Siri TV Marvel's Agents Of S.H.I.E.L.D.


Dalam filem The Avengers, ditunjukkan watak Agent Coulson mati dibunuh oleh Loki. Tetapi dalam trailer pertama dari siri TV Marvel's Agent Of S.H.I.E.L.D. ini menunjukkan sebaliknya.




Dalam siri TV ini, Clark Gregg menyambung peranannya sebagai Agent Phil dalam usahanya merekrut agen-agen baru menganggotai pertubuhan rahsia bergelar S.H.I.E.L.D. Pasukan dalam siri TV ini menampilkan Agent Grant Ward (Brett Dalton) yang terlatih dalam combat dan espionage, Agent Melinda May (Ming-Na Wen) juruterbang terlatih dan pakar dalam seni mempertahankan diri, Agent Leo Fitz (Iain De Caestecker) seorang jurutera bijak, dan Agent Jemma Simmons (Elizabeth Henstridge) seorang genius dalam biokimia. Turut menyertai mereka ialah seorang rekrut baru dan hacker Skye (Chloe Bennet).

Siri TV pertama Marvel ini menampilkan pengarah filem The Avengers, Joss Whedon sendiri sebagai Eksekutif Produsernya.

Sudah tentu menarik.

No comments:

Powered by Blogger.