Mengikut pengumuman asal, filem spin-off dari Despicable Me yang diberi tajuk The Minions akan ditayangkan pada Disember 2014. Namun pengumuman terbaru dari Universal Pictures menyatakan filem The Minions akan menemui penonton pada 10 Julai 2015. Ouch!

Filem The Minions ini nampaknya akan bersaing hebat dengan lain-lain filem animasi yang dijadualkan akan juga ditayangkan pada 2015 nanti seperti SpongeBob SquarePants 2, The Penguins of Madagascar, B.O.O.: Bureau of Otherworldly Operations, Inside Out, Hotel Transylvania 2, Kung Fu Panda 3 dan The Good Dinosaur.

Khabarnya filem hasil daripada watak kegemaran ramai ini berlatarkan tahun 1960-an - lama sebelum minions bekerja dengan Gru, dan mengisahkan 3 minions mencari tuan baru untuk berkhidmat.

Pastinya peminat minions tak sabar menantikan filem khusus tentang mereka. Pasti terngiang-ngiang lagi lagu "Banana" yang dinyanyikan oleh minions ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post