Aplikasi "Unlock The Armors" Di Facebook : Beberapa Sut Armor Terbaru Iron Man Dipaparkan

Di Facebook Page Iron Man sekarang ini ada aplikasi yang dinamakan “Unlock The Armors“. Seperti mana yang telah dibayangkan di dalam trailer filemnya, filem Iron Man 3 nanti akan menampilkan lebih banyak sut armor yang dibina oleh Tony Stark.


Dan sepertimana yang diketahui umum juga, filem Iron Man, Iron Man 2 dan The Avengers telahpun menampilkan rekaan sut armor Mark 1 hingga Mark 7, dan dikhabarkan filem Iron Man 3 ini sahaja akan menampilkan sebanyak 40 lagi rekaan sut armor untuk menentang musuh bergelar The Mandarin.

Sesiapa yang berjaya unlock sut armor dalam aplikasi Facebook ini berpeluang memenangi trip seramai 2 orang untuk menonton Iron Man 3 World Premiere pada 24 April 2013 nanti.

Di bawah ini dipaparkan beberapa sut armor yang telahpun berjaya di’unlock’ :







Ini yang buat makin tak sabar nak tunggu tayangan filem Iron Man 3 ni.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post