Kami telahpun menonton filem superhero terbaharu, iaitu Thunderbolts* (2025), dan ini adalah review filem Thunderbolts* dari kami.

Filem Thunderbolts* akhirnya muncul sebagai salah satu usaha Marvel untuk beri nafas baharu dalam MCU — kali ini tanpa kehadiran watak-watak utama yang biasa jadi frontliner macam Thor, Doctor Strange atau Spider-Man. Sebaliknya, kita dibawa menyelami dunia sekumpulan watak yang selama ni dianggap ‘penyokong’, ‘penjahat’, atau sekadar ‘askar kerajaan’ — dan sekarang, mereka diberi spotlight sebagai satu pasukan khas. Ala-ala Suicide Squad (DC Universe), tapi dengan identiti Marvel tersendiri.

Pasukan Thunderbolts terdiri daripada Yelena Belova (adik angkat Natasha Romanoff), Bucky Barnes/ Winter Soldier, John Walker/ (US Agent, Red Guardian, Taskmaster, dan beberapa lagi muka lama dari filem sebelum ini. Disatukan oleh kerajaan Amerika untuk misi-misi sulit, filem ni memang dari awal lagi bagi vibe ‘ini bukan pasukan adiwira sempurna’ – mereka ni semua ada kisah silam masing-masing, dan bukan semua suka bekerja sama.

Apa yang kami suka tentang filem Thunderbolts* ialah pendekatannya yang lebih grounded. Tak ada benda terlalu magikal dan tak ada multiverse yang muncul di sana sini – ianya lebih kepada aksi taktikal, konflik dalaman, dan drama sesama ahli pasukan. Interaksi antara mereka sangat mencuit hati — Yelena yang sarkastik, Bucky dengan mood brooding 24/7, dan John Walker yang asyik nak buktikan dirinya yang terbaik. Memang banyak drama, tapi itu yang buatkan filem ini hidup.

Dari segi aksi, boleh tahan padu! Koreografi pertarungan terasa lebih fizikal, lebih realistik – seolah-olah tonton filem spy thriller yang disuntik elemen adiwira. Tapi tak dinafikan, ada juga beberapa bahagian dalam filem ni yang pacing dia rasa macam off sikit. Dengan begitu ramai watak dalam satu pasukan, memang cabaran nak beri semua cukup ruang untuk bersinar. Sayangnya, watak Taskmaster sekali lagi rasa tenggelam – padahal potensi besar! Bilalah agaknya peminat Marvel nak dapat saksikan watak Taskmaster yang lebih ummphh macam dalam komik ni?


Kemunculan Sentry dalam filem Thunderbolts* memang jadi game-changer — dia bukan sekadar watak tambahan, tapi antara punca utama kekacauan dalam misi pasukan ni. Digambarkan sebagai eksperimen kerajaan yang terlalu kuat untuk dikawal, Sentry tampil sebagai figura berkuasa tahap dewa tapi dengan mentaliti yang tak stabil. Bila dia “meletup”, memang literally bawa malapetaka. Watak dia jadi simbol betapa bahayanya bila kuasa tak diiringi kestabilan jiwa, dan secara tak langsung buat ahli Thunderbolts sendiri mula persoal siapa sebenarnya musuh sebenar mereka.

Namun begitu,filem Thunderbolts* tetap berikan satu pengalaman yang agak segar untuk peminat MCU. Ia bukan filem Marvel yang paling epik dari segi skala atau impak, tapi dari segi naratif dan eksplorasi karakter, ini antara yang paling jujur dan manusiawi. Kalau Marvel terus berani keluar dari formula biasa, pasukan Thunderbolts ini mungkin boleh jadi tunjang penting dalam fasa baharu MCU.

Untuk korang yang dah agak letih dengan storyline yang makin berselirat dalam MCU sekarang, filem Thunderbolts* mungkin boleh jadi angin segar. Bukan sempurna, tapi penuh potensi. Dan ya — selepas habis menonton filem ni, mesti korang akan tertanya-tanya: siapa sebenarnya yang boleh kita percaya?

PENILAIAN: 4/5 BINTANG

P/S: Jika anda sukakan review ini, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah. Sokongan anda amatlah kami hargai dalam usaha memberikan lebih banyak informasi yang menarik untuk bacaan anda.

KOMEN ANDA

Terbaru Lebih lama