Marvel Studios telah memperlihatkan treler terbaharu filem The Fantastic Four: First Steps, mengesahkan teori yang berlegar sebelum ini, selain memperlihatkan buat pertama kalinya pandang pertama untuk watak Silver Surfer.
Saksikan treler filem The Fantastic Four: First Steps di bawah:
Treler filem The Fantastic Four: First Steps memberikan sedikit bayangan kepada peminat tentang Marvel’s First Family, berlatarkan tahun 1960-an namun sedikit futuristik. Namun, tidak dapat dipastikan dalam universe manakah dunia Fantastic Four ini berada.
Seperti mana dijangka dan diperkatakan sebelum ini dengan teori dari pelbagai pihak, nampaknya Marvel Studios tidak lagi berselindung apabila mendedahkan watak Sue Storm/ Invisible Woman sememangnya mengandungkan anaknya, Franklin Richards dalam filem ini, dan watak inilah yang menarik Galactus (lakonan Ralph Ineson) untuk datang ke Bumi. Selain itu, turut diperlihatkan adalah watak Shalla-Bal/ Silver Surfer (lakonan Julia Garner).
Filem The Fantastic Four: First Steps dibintangi oleh Pedro Pascal (sebagai Reed Richards/ Mister Fantastic), Vanessa Kirby (sebagai Sue Storm/ Invisible Woman), Joseph Quinn (sebagai Johnny Storm/ Human Torch) dan Ebon Moss-Bachrach (sebagai Ben Grimm/ The Thing). Dalam pengumuman sebelum ini, kesemua mereka ini telah disahkan akan muncul dalam filem Avengers: Doomsday pada Mei 2026. Namun, tidak didedahkan samada Robert Downey Jr (melakonkan watak Victor Von Doom/ Doctor Doom) akan muncul dalam filem ini.
Diarahkan oleh Matt Shakman, filem The Fantastic Four: First Steps dijadualkan untuk tayangan pada 25 Julai 2025.
Post a Comment