A NEW ERA IS BORN.

Saksikan treler filem Jurassic World Rebirth di bawah:

BERKAITAN: Pandang Pertama Filem Jurassic World Rebirth Diperlihatkan

Lima tahun selepas peristiwa dalam Jurassic World Dominion, ekologi planet ini telah terbukti sebahagian besarnya tidak sesuai dihuni dinosaur.

Dinosaur yang masih wujud kini berada di kawasan khatulistiwa yang terpencil, dengan iklim yang menyerupai persekitaran asal tempat mereka pernah berkembang pesat.

Tiga makhluk paling besar di darat, laut dan udara dalam biosfera tropika itu menyimpan (dalam DNA mereka) kunci kepada ubat yang mampu membawa manfaat penyembuhan yang menakjubkan kepada manusia.

Scarlett Johansson memegang watak Zora Bennett — pakar operasi sulit yang mahir, yang diupah untuk mengetuai pasukan elit dalam misi sulit bagi mendapatkan bahan genetik tersebut. Namun apabila operasi Zora bertembung dengan sebuah keluarga orang awam yang mana ekspedisi bot mereka telah terbalik akibat serangan dinosaur akuatik yang ganas, mereka semua terdampar di sebuah pulau larangan yang dahulunya menempatkan fasiliti penyelidikan rahsia bagi Jurassic Park. Di situ, di dalam kawasan yang dihuni oleh pelbagai spesies dinosaur yang berbeza, mereka berdepan dengan satu penemuan yang mengerikan dan mengejutkan — sesuatu yang telah disembunyikan daripada dunia selama berdekad-dekad.

Filem Jurassic World Rebirth dibintangi pelakon seperti Scarlett Johansson, Mahershala Ali, Jonathan Bailey, Rupert Friend, Manuel Garcia-Rulfo, Luna Blaise, David Iacono, Audrina Miranda, Philippine Velge, Bechir Sylvain dan Ed Skrein.

Diarahkan oleh Gareth Edwards, filem Jurassic World Rebirth dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 3 Julai 2025.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post