Filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria merupakan sekuel kepada filem animasi popular Ejen Ali The Movie : Misi Neo yang ditayangkan pada tahun 2019. Filem Ejen Ali The Movie yang pertama telah berjaya mengutip lebih RM30 juta dalam tempoh enam minggu tayangan, menjadikannya filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.
Saksikan treler filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria di bawah:
BERKAITAN: Review Filem Ejen Ali The Movie: Misi Neo (2019) - Filem Animasi Tempatan Yang Membanggakan
Filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria berlatarkan kota futuristik Cyberaya, dan menampilkan Ejen Ali sebagai subjek utama untuk Projek Satria, sebuah sut perisai berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Sut ini direka khas untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental ejen MATA semasa misi rahsia mereka.
Antara watak yang kembali dalam sekuel ini termasuk Ejen Alicia, Ejen Bakar, Rizwan, dan Jeneral Rama. Filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, yang turut terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti produksi teknikal dan jalan cerita.
Treler teaser rasmi filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria telah dilancarkan pada Festival Kandungan Digital Malaysia 2024, dan mendapat sambutan hangat di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan dan hampir 100% penilaian positif di YouTube.
Selain itu, pada 6 Februari 2025, Ejen Ali The Movie : Misi Neo telah ditayangkan semula di pawagam terpilih di Malaysia. Tayangan semula ini bukan sahaja mengimbas kembali pengembaraan epik Ejen Ali, tetapi juga menampilkan sedutan eksklusif 5 minit dari filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria, memberikan peminat gambaran awal mengenai misi baharu Ejen Ali selain meningkatkan semula keterujaan peminat yang menantikan sambungan filem berkenaan.
Filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 22 Mei 2025. Untuk maklumat terkini, peminat boleh mengikuti platform media sosial rasmi Ejen Ali.
Post a Comment