NO MATTER HOW HARD YOU TRY, YOU CAN’T BREAK UP WITH YOUR PAST.

Di Hari Valentine tahun depan, pemenang Oscar® Ke Huy Quan tampil sebagai pelakon utama filem Love Hurts, menampilkan beliau sebagai seorang wira yang tidak terjangka.


Saksikan treler filem Love Hurts di bawah:

Quan melakonkan watak Marvin Gable, seorang ejen hartanah yang bekerja di pinggir bandar Milwaukee, yang telah menerima sampul merah daripada Rose (lakonan Ariana DeBose), bekas rakan kongsi jenayah yang ditinggalkannya untuk mati.

Marvin didorong kembali ke dunia pembunuh upahan yang kejam, selain menjadi buruan abangnya Knuckles (lakonan Daniel Wu), seorang raja jenayah.

Kini, Marvin mesti berhadapan dengan pilihan yang menghantuinya dan sejarah yang tidak pernah dia kuburkan.

Filem Love Hurts dibarisi pelakon-pelakon seperti Ke Huy Quan, Ariana DeBose, Daniel Wu, Sean Astin, Mustafa Shakir, Lio Tipton, Rhys Darby, Marshawn Lynch dan André Eriksen.

Diarahkan oleh JoJo Eusebio, filem Love Hurts dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 6 Februari 2025.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post