Para peminat Marvel yang membesar bersama kami sudah tentunya tidak asing dengan siri animasi X-Men, ataupun setidak-tidaknya mengingati muzik intro ikonik siri TV berkenaan. 

Terbaharu, Marvel Animation telah memperlihatkan treler siri animasi X-Men `97 berkenaan, yang akan ditayangkan di Disney+ Hotstar mulai 20 Mac 2024 ini.

Saksikan treler siri animasi X-Men`97 di bawah:

Siri animasi X-Men’97 terdiri dari 10 episod, menelusuri semula era ikonik 1990-an apabila X-Men, iaitu kumpulan mutant yang menggunakan kemampuan luar biasa mereka untuk melindungi dunia yang membenci dan takut kepada mereka, yang terpaksa menghadapi masa depan baharu yang berbahaya dan tidak dijangka.

Pelakon suara yang menbintangi siri animasi X-Men `97 adalah seperti Ray Chase (sebagai Cyclops), Jennifer Hale (sebagai Jean Grey), Alison Sealy-Smith (sebagai Storm), Cal Dodd (sebagai Wolverine), JP Karliak (sebagai Morph), Lenore Zann (sebagai Rogue), George Buza (sebagai Beast), AJ LoCascio (sebagai Gambit), Holly Chou (sebagai Jubilee), Isaac Robinson-Smith (sebagai Bishop), Matthew Waterson (sebagai Magneto) dan Adrian Hough (sebagai Nightcrawler).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post