Setiap zaman...di tanah berdaulat ini ada pahlawannya. Wahai lelaki berhati Pendekar, BANGKIT! 

Semalam, Studio Kembara telah memperlihatkan treler rasmi filem terbaharu mereka, iaitu Pendekar Awang - Darah Indera Gajah.

Saksikan treler rasmi filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah di bawah:

Bakal menggenarkan pawagam pada 11 Januari 2024, filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah merupakan kesinambungan watak Awang dari filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022). Studio Kembara menjanjikan filem penuh aksi tanpa henti, menyaksikan keberanian dan pengorbanan pahlawan-pahlawan Melayu membebaskan bumi tanah tumpah darah kita dari jatuh ke tangan penjajah.

Filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Heliza Helmi, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Amir Ahnaf, Hazwani Helmi, Nam Ron, Tissa Biani, Ali Karimi dan ramai lagi barisan pelakon terkenal.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post