Filem sains fiksyen terbitan 20th Century Studios, The Creator arahan Gareth Edwards yang ditayangkan di pawagam pada 29 September 2023 lalu, kelak akan boleh distrim  untuk tontonan di Disney+ Hotstar pada Rabu, 20 Disember 2023. 

Filem The Creator dibarisi pelakon-pelakon seperti John David Washington, Gemma Chan, Ken Watanabe, Sturgill Simpson, Madeleine Yuna Voyles dan Allison Janney, berlatarkan peperangan masa hadapan antara bangsa manusia dan pasukan terdiri daripada kepintaran buatan (AI). 

Filem The Creator mengisahkan tentang watak Joshua (lakonan John David Washington), seorang bekas ejen pasukan khas yang berduka disebabkan kehilangan isterinya (lakonan Gemma Chan). Beliau direkrut untuk memburu dan membunuh Creator, seorang arkitek dengan kepakaran AI yang canggih, telah menghasilkan senjata aneh dengan kuasa untuk menamatkan perang…dan umat manusia keseluruhannya. Joshua dan pasukannya menyusup masuk ke kawasan musuh, namun terkejut apabila menemui senjata pemusnah yang dimaksudkan berkenaan adalah AI dalam bentuk seorang kanak-kanak (lakonan Madeleine Yuna Voyles). 

Filem The Creator diarahkan oleh Gareth Edwards, hasil garapan kisah asal oleh beliau sendiri. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post